Bulan puasa ari tu Kafe Warisan Bilut di tutup selama sebulan. Menghormati ramadhan. Tahun ni bulan pose jatuh bulan 8, tahun sebelumnya bulan 8 adalah musim buah buahan seperti durian dan cempedak. Durian tahun ni kurang menjadi di ladang sendiri. Nak makan kenalah beli. Cerita pasal cempedak, seperti tahun2 sblm ni dia kurang menjadi. Masa awal ramadhan tu en suami tergerak hati nak ke ladang, niat hati nak tgk cempedak, boleh lah di goreng tuk berbuka.
Memang terkejut bila sampai ladang boleh di katakan semua pokok cempedak yg berbuah dengan jayanya. Makan tak habis nih. Sedekah lah pada jiran2, sedara-mara dan kawan2. Pada kawan2 yg tak dapat tu mintak maaf lah yer. Manakala yg dapat buah yg isinya tak brp elok dan cantik pun mintak maaflah yer. Biasalah dalam banyak2 pokok mesti ada jugak yg tak berapa elok isinya... Yang bertuah dapat isi yg elok2 tu, doakan semoga pokok tu berbuah lagi musim akan datang, leh merasa lagi...
usha mana satu nak di jolok dulu... (pilih yg betul2 tua)
terpaksa pakai galah buluh tuk jolok buah cempedak nih...
buah yg pelbagai rupa, bentuk dan saiz...
yang buruk tulah yg paling sedap, dah tentu tupai akan pilh buah yg sedap tuk di makan kata encik hazman....
lambakan cempedak di kafe warisan...
teringat arwah mak mertua pernah cakap;
"aku tanam pokok2 ni semua tuk anak cucu"
kalau dia masih hidup mesti dia gembira, hasil tanaman dia dapat bagi sedekah merata tempat. arwah mak mertua mmg suka berkebun. Rindunya aku pada dia,
AL-FATIHAH, semoga mak damai di sana. AMIN.