Nuffnang Ads

Showing posts with label Kafe Warisan Bilut. Show all posts
Showing posts with label Kafe Warisan Bilut. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

Diet Meal 12/01/11

Citer kisah diet smlm..

B/fast: 2 biji telur + Air Teh O (tanpa gula)


Lunch: Ayam Panggang dari Cold Storage


Dinner: Sup Campur (campur segala2 ayam, daging, udang, sayu-sayuran)(sori takde gambar)


huhuhu... kadang2 aku terkantoi jugak terlebih makan atau tersalah makan...

Wednesday, November 3, 2010

M>E>R>A>H (gomo kelate gomo)

merah???
Sabtu lepas kan ada final bola antara Kelantan & Negeri Sembilan...
Kafe kitaorg pun dapat tempias dari perlawanan akhir, tahun lepas pun mcm tu jugak, cuma bezanya tahun lepas dorang KALAH dan tahun ni dorang MENANG....
Rezekilah namanya dan rezeki jugak lah pada kitaorg..

Dari hari khamis malam lagi sampai sabtu konvoi kereta dan bas yg membawa warga kelantan dah berpusu-pusu menghala ke KL siap dengan bendera bagai. Aku betul2 kagum dengan semangat dorang nih, sanggup datan dari jauh tuk bagi sokongan pada pasukan "The Red Warriors". Dari masa separuh akhir lagi kitaorg memang mengharap Kelantan dapat g ke peringkat akhir... Hahahahahah, ada udang di sebalik mee rupanya...

Malam final tu kitaorg semua sepakat pakai baju merah, tanda sokongan lah kan... (ada udang di sebalik mee lagi), pekerja2 aku pun semangat plak bila pakai baju merah. Awal2 dari pukul 8 sampai kul 12 tu customer kafe aku macam biasa je. Kitaorg masih boleh santai lagi... Acara bermula seawal jam 1.30 pagi.

Wah masing2 bersilat dengan tugas masing2, aku yg kat depan sibuk melariskan jualan nasi lemak panas... Kelakar plak bila teringat dorang beratur nak amek nasi lemak, mcm kantin sekolah je. Paling kesian kat sorang abe ni, sampai je giliran dia, nasi lemak pun abis... Aku ayat dia makan Laksa jelah. Lepas jualan nasi lemak dah abis aku lari ke dapur tolong apa yg patut, walaupun dalam kesibukan yg amat ketara (yelah 3 biji bas skali berhenti, walaupon semua tak makan) tapi mmg ketara bersilat kat dapur tuh. Macam2 citer aku dengar dari staf2 aku, ada citer kelakar, citer kena marah, citer org taknak bayar makanan, hahahahaha mcm2 ada. Serius mmg tak sempat nak amek gambar masa org tgh ramai tuh. Kang ada plak yg kena marah, ore dok tunggu nasi demo dok sibuk amek gambe. Acara bersilat abis lebih kurang kul 5.00 pagi. Lepas tu baru lah kitaorg dapat merasa nak duduk dan makan, makan tomyam pukul 6 pagi. Pernah tak korang buat???? Itu semua pengalaman dan kenangan...

Semangat betul cik ayu kita...






Masa untuk makan...











Tengok mata si Lan, dah tak larat nak bukak dah, makan pun sambil tutup mata, tapi mulut mengunyah... ahakss

Saturday, June 20, 2009

Warisan

Agak2 lagu ni boleh di jadikan lagu teman "Kafe Warisan Bilut" tak???

Kena buat vote sms ni..... Hahahahahaa........

Thursday, June 11, 2009

Opppsss....

Hii...
Ramai yang salah faham... Ada yang ingat "Kafe Warisan Bilut" belum beroperasi lagi.
Maaflah tak sempat nak update blog sendiri. So, pada sesiapa nak tau perkembangan Kafe Warisan Bilut boleh masuk sini http://kafewarisanbilut.blogspot.com/ Dah tiga bulan dah kafe ni beroperasi.....

Alhamdullilah....
Kafe kami semakin di kenali dan orang ramai pun dah mula menyinggah. Terima kasih tak terhingga pada kawan2 yang menyokong. Fuhh, kalau nak criter soal penat, tak tau nak gambarkan macam mana... Tapi ini anggap lah ini adalah cabaran dan pengalaman manis. Hehehehee..... Mana taknya dengan keje di KL, berulang alik setiap hari Bentong-KL-Bentong. Sampai je terus membantu kan diri di Kafe sampai kul 12 atau 1pagi. Lepas tu masuk tido. Bangun seawal 5pagi, nak kejar bas kul 6pagi, naik atas bas terus lena sampai pekeliling. Biasa nya orang cakap kalau tak cukup tido badan kita kurus kan, tapi badan aku ni tak kurus2, makin gemuk adalah. Memang tido tak cukup, tapi makan cukup..... Order je nak makan apa.... Kedai sendiri.
Hahahahahahaha................
Takkan nak biar en suami sorang2 kan...
Penat lelah bersama2 lah ye bang...

Pada semua2 yang ternampak atau terlalu di Kafe saya sila lah singgah yer....
Kedatangan anda di alu-alukan....
Jangan risau kami menyediakan makanan dan minuman dengan harga yang berpatutan sambil anda semua dapat bersantai menikmati pemandangan pokok getah dan sawit....

Tuesday, March 10, 2009

Lagi citer pasal "Kafe Warisan Bilut"

Kafe Warisan Bilut....
Tak tau bila bleh bukaknya...
Semua barang dah ada, tinggal nak buat "opening ceremony" jer...
Bila nak bukak kenalah tanya pihak TNB....

Aduh...
Letih betul memikirkan masalah eletrik nih...
Dah hampir 2 bulan masalah eletrik ni tertangguh...
Tak tau tang mana silap nya...
Di sebabkan masalah eletrik, banyak masalah dan keje tertangguh...
Bajet nak bukak kedai awal March 2009, sehingga kini tiada apa2 tanda lagi...

Tolonglah warga-warga TNB....
Kasihanilah peniaga2 kecil seperti kami nih...
Duit dah banyak keluar ni, masuknya belum lagi...