Nuffnang Ads

Friday, July 24, 2009

Makan Durian

Last weekend jalan-jalan cari barang kat Tong Fatt Raub. Sebelum tu dah singgah makan kat Farhan Corner. Lepas dah siap beli barang kitaorg singgah kedai buah depan Tong Fatt. Cari durian!!! Kitaorg berdua mmg suka makan durian kat tempat orang jual durian. Hubby malas nak bawak balik, nnt berbau dalam kete bau durian katanya. Satu lagi dia tak payah susah payah nak kopek durian tuh, semua tauke yg koek untuk kitaorg....
Biasanya tak banyak kitaorg makan, sebiji je tapi selalu!!!! Ahaks!
Kali ni pun kitaorg makan sebiji, yelah perut pun dah kenyang. So, budak cina tuh cas rm4.50 tuk sebiji tuh. Dalam sebiji tu adalah 7 ulas kot. Jadilah kan...
Kali ni kitaorg makan durian kawen tapi bukan D24 durian kawen spesis lain. Leha tahan isinya pahit-pahit. Sebenarnya saya lebih suka durian kampung dari durian kawen. Tapi bila dah depan mata terus tak ingat apa2 dah...




"ni bukan durian yer, ni cempedak"



"layan...."



"walaupon rupanya tak berseri, tapi rasanya sunggup sedap dan tetap menjadi pujaan hatiku..."

Wednesday, July 8, 2009

Akhirnya....

Alhamdullilah...

Akhirnya sampai jugak kawan-kawan aku ni ke Kafe Warisan Bilut...
Maaflah kekawan, walaupun masa sampai tu aku masik berlemoih...
Patutnya aku kena bersiap sedia tuk menyambut kedatangan kawan-kawan VIP aku.
Tapi sedih jugak pasal kurang seorang...
AZA, tak dapat join.
Demam!!!
Takpe za, lain kali kita berkumpul lagi yerk...

Takde apa yg special yg bleh aku hidangkan kat korang melainkan menu yg ada dalam MENU Kafe Warisan Bilut....

Apapun tima kaseh yerk kawan2 yg sudi datang dengan membawa anak dan suami... Sampai tertido anak si sham dengar nyanyian syahdu dari ies...
Next time bila tempat aku musim durian, aku panggil korang datang makan durian sampai mabuk k...

Jom layan gambar...



"Sayang korang...."











"Samapi tertido anak sham..."






"Peace"



"Ni chef azman menyanyi. Syahdu sampai si anak tak berkelip mata"



"2 hero ni bakal chef jugak, tgk tu tangan asyik memegang sudu jer. Kiranya anak ayah pasal ayah dorang pun chef jugak. Dari mula makan sampai abis makan asyik pegang sudu"

Kawan2 sila datang lagi ke????
Tak jauh pun KL-Bentong....

Friday, June 26, 2009

Esok Yang Belum Pasti...

Esok yang belum pasti...
Actually esok ada plan ngan geng2 yg dorang nak lepak tempat aku...
Harap2 plan ni menjadi lah...

Rindu giler weh ngan korang.

Dah lama tak lepak ngan dorang nih...
Rasanya dah dekat 6 bulan kitaorg tak lepak sekali 5 orang. K
alau lepak pun tak cukup portion.... Yelah masing2 ada komitmen sendiri. Berbeza zaman bujang, kahwin dan beranak pinak.
Dulu kalau nak lepak dengan satu kol atau sms pasti semua porjek ONN jer...
Biasanya kitaorg akan lepak lepas keje kat Mc'Donald, Ampang Park....
Sebulan sekali mesti melepak.
Sekarang nih dah susah skit, yelah aku dah duk kat Bentong, Sham dok kat Semenyih, Ies dok kat Balakong. Then Sham ngan Ies pun kena balik awal pasal dorang dah ada baby... :)

Jangan tak jadi udah plan esok yer, aku plak yg lebih excited...
Pandai2 lah korang pujuk husband and boyfren korang untuk meraikan hari "LEPAK" kita nih...












Saturday, June 20, 2009

Warisan

Agak2 lagu ni boleh di jadikan lagu teman "Kafe Warisan Bilut" tak???

Kena buat vote sms ni..... Hahahahahaa........

Thursday, June 18, 2009

Aku Yang Di Tinggalkan...

Hehehe....
Lawak betul nak citer...
Semalam dengan penuh semangat nak balik awal... Plan nak naik bas kul 6 balik Bentong. Cabut dari opis pun awal dalam kul 5 lebih... (Boss aku tak perasan aku cabut). Dengan penuh harapan aku dapat naik bas kul 6pm. Apa lagi lepas kuar dari opis aku jalan macam nak tercabut kaki, aku rasa aku lah manusia yg paling laju jalan semalam. Sampai depan LRT Ampang Park, aku nampak bas B114, aku terus tahan. Dengan senyum kambing sampai teling driver bas tu dia terus menonong jalan tinggalkan aku. Aku rasa nak nangis dah masa tuh. Uwa, uwa, uwa aku kena tinggal bas. Aku pun tunggu bas macam biasa, dalam 10 minit kemudian bas B114 pun datang. Naik macam biasa dan semua macam biasa. Tapi keadaan jalan yg luar biasa sesaknya menyebabkan aku sampai ke stesen pekeliling kul 6.10pm. Sekali lagi aku di tinggalkan oleh bas. Apalah nasib aku semalam... Dalam hati memang sedih dan kecewa. Terpaksa lah aku naik bas kul 7pm. Melanguk lah aku sorang diri kat pekeliling tu sementara nak tunggu kawan2 lain dan bas datang. Balik aku citer ngan hubby, hubby kata lepas ni tak payah nak kejar2 bas lagi, naik je bas kul 7. Kalau kita terkejar2 then kena tinggal lagi kita kecewa. Yelah betul jugak apa yang hubby cakap tuh...


Sebab penyebab yg menyebabkan aku nak balik awal adalah....
pagi2 buta sebelum matahari terbit aku dah keluar keje, balik keje pun macam tu. Matahari dah terbenam baru aku sampai umah. So, kalau aku dapat naik bas kul 6, mmg cfm aku akan sampai sebelum matahari terbenam dan aku boleh menggunakan masa sejam yg ada dengan pelbagai aktiviti.

Friday, June 12, 2009

Weekend yang banyak hal...

Weekend yg pasti sibuk...
Hari ni dalam kepala dah memikir apa nak buat esok dan ahad...
Memang banyak keje yg tak sudah/tertangguh....

Planning nak....
1. Kemas barang2 dalam kotak masa pindah umah last two weeks.... (masih terperap dalam kotak lagi), susun atur perabot yg lintang pukang lagi tuh...
2. Basuh baju..... (uwa,uwa, uwa aku rasa hari2 aku basuh baju, tapi kenapa bakul tu penuh lagi)
3. Siapkan kertas kerja untuk projek yg akan datang... (nk mintak loan, hehehehe)
4. Berkebun di mini kebun warisan kat belakang kedai... (plan ngan hubby nak tanam pisang ngan tebu di belakang ngan keliling kedai - sosak sosak leh jual air tebu ngan goreng pisang pulak yer)
5. Balik umah pak mertua aku dan kemas belakang umah.... dah naik semak samun.
6. Tengok setting karaoke sistem dan kemas kini balik sistem nya....
7. Nak bakar kek, teringin plak.... Tapi tak tau kat mana kotak2 barang baking aku.
8. Dah tak leh nak pikir lagi dah..................................................................................................

Aku tak tau leh abis tak semua list keje2 aku yg berlambak kat atas tuh....

Thursday, June 11, 2009

Hobi...

Semenjak dah bukak kafe ni, memang agak sibuk jugak untuk 1-2 bulan yang pertama...
Dengan nak menguruskan hal kafe dan pekerja....
Yelah masih dalam tempoh pembelajaran...
Tapi alhamdullilah, sekarang ni takde lah sibuk sesangat.
Ada jugak masa untuk kitaorg berdua untuk meneruskan minat berkebun dan bercucuk tanam....
Di belakang kafe yang kitaorg sewa ni ada lah ruang untuk kami bercucuk tanam...
Daripada di biarkan semak ngan rumput atau lalang, baik lah kitaorg tanam apa2 kan...
Buat masa tanaman yang ada serai, ubi kayu, pisang, tebu, sayur-sayuran, jagung dan macam2 lagilah.
Tapi semua pokok kecik lagi.













































Gambar pertama tu pokok sawi, kecik lagi. Lepas tanam sawi hari tu kami ada tanam pokok kangkung dan kailan. Boleh pakai untuk kegunaan kedai kan. Dapat menjimatkan belanja dan pelanggan pun dapat sayuran segar yg di petik dari kebun kami. Selain tu kami menyokong kerajaan dengan kempen tanaman dapur. InsyaAllah anak sedara ada plan nak buat kolam ikan plak, bleh lah kami menumpang. Customer nak je terus kaup dari kolam.... Hehehehehe...

Opppsss....

Hii...
Ramai yang salah faham... Ada yang ingat "Kafe Warisan Bilut" belum beroperasi lagi.
Maaflah tak sempat nak update blog sendiri. So, pada sesiapa nak tau perkembangan Kafe Warisan Bilut boleh masuk sini http://kafewarisanbilut.blogspot.com/ Dah tiga bulan dah kafe ni beroperasi.....

Alhamdullilah....
Kafe kami semakin di kenali dan orang ramai pun dah mula menyinggah. Terima kasih tak terhingga pada kawan2 yang menyokong. Fuhh, kalau nak criter soal penat, tak tau nak gambarkan macam mana... Tapi ini anggap lah ini adalah cabaran dan pengalaman manis. Hehehehee..... Mana taknya dengan keje di KL, berulang alik setiap hari Bentong-KL-Bentong. Sampai je terus membantu kan diri di Kafe sampai kul 12 atau 1pagi. Lepas tu masuk tido. Bangun seawal 5pagi, nak kejar bas kul 6pagi, naik atas bas terus lena sampai pekeliling. Biasa nya orang cakap kalau tak cukup tido badan kita kurus kan, tapi badan aku ni tak kurus2, makin gemuk adalah. Memang tido tak cukup, tapi makan cukup..... Order je nak makan apa.... Kedai sendiri.
Hahahahahahaha................
Takkan nak biar en suami sorang2 kan...
Penat lelah bersama2 lah ye bang...

Pada semua2 yang ternampak atau terlalu di Kafe saya sila lah singgah yer....
Kedatangan anda di alu-alukan....
Jangan risau kami menyediakan makanan dan minuman dengan harga yang berpatutan sambil anda semua dapat bersantai menikmati pemandangan pokok getah dan sawit....

Tuesday, March 10, 2009

Lagi citer pasal "Kafe Warisan Bilut"

Kafe Warisan Bilut....
Tak tau bila bleh bukaknya...
Semua barang dah ada, tinggal nak buat "opening ceremony" jer...
Bila nak bukak kenalah tanya pihak TNB....

Aduh...
Letih betul memikirkan masalah eletrik nih...
Dah hampir 2 bulan masalah eletrik ni tertangguh...
Tak tau tang mana silap nya...
Di sebabkan masalah eletrik, banyak masalah dan keje tertangguh...
Bajet nak bukak kedai awal March 2009, sehingga kini tiada apa2 tanda lagi...

Tolonglah warga-warga TNB....
Kasihanilah peniaga2 kecil seperti kami nih...
Duit dah banyak keluar ni, masuknya belum lagi...

Saturday, February 28, 2009

Kafe Warisan Bilut


Kafe Warisan Bilut masih dalam pengubahsuaian...
Akan di buka tidak lama lagi...
Alhamdullilah....
Apa yang di cita-citakan oleh kami berdua suami isteri sudah hampir menjadi kenyataan...
Harap-harap semuanya akan berjalan lancar hingga akhirnya...
Pelbagai dugaan dan rintangan yg kami hadapi suami isteri...
Mcm-mcm lah, berselisih pendapat, orang ni nak macam ni, orang ni plak nak macam nih
Masalah kewangan, masalah dengan pihak TNB dan mcm2 lagi...
Walaupon kedai ini sudah siap 90% pengubahsuaian nya...
Kami masih tidak dapat dapat menarik nafas lega selagi tiang elektrik dan meter yg kami apply pada TNB masih belum di pasang. Proses permohonan yg mengambil masa lebih kurang sebulan memang cukup memeningkan kepala kami berdua...
Harap2 semuanya akan settle sebelum hujung bulan ni...
Bila eletrik dah ada senang lah nak buat kerja...
Boleh pindah semua barang yg dah di beli ke kedai, boleh susun atur segala barang2...
Pendek kata semuanya boleh buat...
Blog yg masih dalam progress seperti tuannya... http://kafewarisanbilut.blogspot.com/

Thursday, February 12, 2009

Thursday, February 5, 2009

::SENYUM::



Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

http://www.youtube.com/watch?v=fQAoaZ3kJcc

Thursday, January 29, 2009

Our 2nd Anniversary on 2nd Feb 2009





Pejam celik pejam celik, kejap je dah nak masuk 2 tahun...Cepat betul masa berlalu.... Macam-macam yg saya pelajari dalam tempoh 2 tahun bergelar isteri orang nih, banyak perkara yang berubah...
Untuk anniversary kali ni takde plan ke mana2 pon... Kalau ada pon plan yg last minute (dalam hati ni teringin nak pergi terengganu atau pulau langkawi) LOL LOL LOL Apa apa pon tunggu green light dari hubby... Dia agak bz skrg nih dengan projek terbaru dia di kampung...InsyaAllah projek akan bermula awal bulan MAC 2009 nanti...
Nanti saya upload skit gambar mengenai projek terkini kami...
OKlah harapan untuk kali ni semoga kami Add Imageberdua di panjangkan umur dan jodoh hingga akhir hayat, di berikan kesihatan yang baik, di murahkan rezeki dan sebagainya... AMIN!!!

Coming Soon.... Bangkok, Thailand.

Trip to Bangkok, Thailand 17-19 January 2009 - Coming Soon




Wednesday, January 28, 2009

Laksa Penang


LAKSA PENANG
sumber: Rinnchan...
Bahan-bahan :
Sebungkus laksa..direndam beberapa jam, direbus sehingga lembut dan toskan

Kuah Laksa:
5 ekor ikan kembung
5 ulas bawang merah, dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
Sedikit belacan, dibakar dan dihancurkan
3 sudu besar cili kisar
4 keping asam gelugur/asam keping
2 tangkai bunga kantan, dibelah dua secekak daun kesum
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan tabur dihiris ikut kesesuaian :
Timun B
awang besar
Daun selom
Nenas
Bunga kantan
Telur rebus
Cili api jika suka
Perahan limau nipis

Cara-cara :
1. Ikan kembung dibersihkan, direbus, dibuang tulang dan dikisar halus dengan sedikit air. Air rebusan ikan jangan dibuang. Tapis dan gunakan semula untuk kuahnya.
2. Panaskan semula air rebusan ikan dan masukkan isi ikan yg dikisar.
3. Bila mendidih, masukkan semua bahan2 yang lain. Masak semua bahan mesra. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Untuk menghidang, masukkan laksa ke dalam mangkuk dan bolehlah dihias dengan bahan2 tabur. Kemudian, tuangkan kuah ke atasnya.

Tuesday, January 27, 2009

1st Entry...

Alhamdullilah tercapai juga hasrat nak pindah umah...
Dah lama pendam hasrat nih...
Maklumlah umah yang lama tuh agak sempit, penuh dan menyebabkan pergerakan pon jadi perlahan. Sekarang dok cuba angkut barang yg kat umah lama tuh ke umah baru...
Banyak juga nak belajar selok belok umah baru nih...
Takpe pelan-pelan kan...