Hehehe....
Lawak betul nak citer...
Semalam dengan penuh semangat nak balik awal... Plan nak naik bas kul 6 balik Bentong. Cabut dari opis pun awal dalam kul 5 lebih... (Boss aku tak perasan aku cabut). Dengan penuh harapan aku dapat naik bas kul 6pm. Apa lagi lepas kuar dari opis aku jalan macam nak tercabut kaki, aku rasa aku lah manusia yg paling laju jalan semalam. Sampai depan LRT Ampang Park, aku nampak bas B114, aku terus tahan. Dengan senyum kambing sampai teling driver bas tu dia terus menonong jalan tinggalkan aku. Aku rasa nak nangis dah masa tuh. Uwa, uwa, uwa aku kena tinggal bas. Aku pun tunggu bas macam biasa, dalam 10 minit kemudian bas B114 pun datang. Naik macam biasa dan semua macam biasa. Tapi keadaan jalan yg luar biasa sesaknya menyebabkan aku sampai ke stesen pekeliling kul 6.10pm. Sekali lagi aku di tinggalkan oleh bas. Apalah nasib aku semalam... Dalam hati memang sedih dan kecewa. Terpaksa lah aku naik bas kul 7pm. Melanguk lah aku sorang diri kat pekeliling tu sementara nak tunggu kawan2 lain dan bas datang. Balik aku citer ngan hubby, hubby kata lepas ni tak payah nak kejar2 bas lagi, naik je bas kul 7. Kalau kita terkejar2 then kena tinggal lagi kita kecewa. Yelah betul jugak apa yang hubby cakap tuh...
Sebab penyebab yg menyebabkan aku nak balik awal adalah....
pagi2 buta sebelum matahari terbit aku dah keluar keje, balik keje pun macam tu. Matahari dah terbenam baru aku sampai umah. So, kalau aku dapat naik bas kul 6, mmg cfm aku akan sampai sebelum matahari terbenam dan aku boleh menggunakan masa sejam yg ada dengan pelbagai aktiviti.
No comments:
Post a Comment