Nuffnang Ads

Friday, June 26, 2009

Esok Yang Belum Pasti...

Esok yang belum pasti...
Actually esok ada plan ngan geng2 yg dorang nak lepak tempat aku...
Harap2 plan ni menjadi lah...

Rindu giler weh ngan korang.

Dah lama tak lepak ngan dorang nih...
Rasanya dah dekat 6 bulan kitaorg tak lepak sekali 5 orang. K
alau lepak pun tak cukup portion.... Yelah masing2 ada komitmen sendiri. Berbeza zaman bujang, kahwin dan beranak pinak.
Dulu kalau nak lepak dengan satu kol atau sms pasti semua porjek ONN jer...
Biasanya kitaorg akan lepak lepas keje kat Mc'Donald, Ampang Park....
Sebulan sekali mesti melepak.
Sekarang nih dah susah skit, yelah aku dah duk kat Bentong, Sham dok kat Semenyih, Ies dok kat Balakong. Then Sham ngan Ies pun kena balik awal pasal dorang dah ada baby... :)

Jangan tak jadi udah plan esok yer, aku plak yg lebih excited...
Pandai2 lah korang pujuk husband and boyfren korang untuk meraikan hari "LEPAK" kita nih...












Saturday, June 20, 2009

Warisan

Agak2 lagu ni boleh di jadikan lagu teman "Kafe Warisan Bilut" tak???

Kena buat vote sms ni..... Hahahahahaa........

Thursday, June 18, 2009

Aku Yang Di Tinggalkan...

Hehehe....
Lawak betul nak citer...
Semalam dengan penuh semangat nak balik awal... Plan nak naik bas kul 6 balik Bentong. Cabut dari opis pun awal dalam kul 5 lebih... (Boss aku tak perasan aku cabut). Dengan penuh harapan aku dapat naik bas kul 6pm. Apa lagi lepas kuar dari opis aku jalan macam nak tercabut kaki, aku rasa aku lah manusia yg paling laju jalan semalam. Sampai depan LRT Ampang Park, aku nampak bas B114, aku terus tahan. Dengan senyum kambing sampai teling driver bas tu dia terus menonong jalan tinggalkan aku. Aku rasa nak nangis dah masa tuh. Uwa, uwa, uwa aku kena tinggal bas. Aku pun tunggu bas macam biasa, dalam 10 minit kemudian bas B114 pun datang. Naik macam biasa dan semua macam biasa. Tapi keadaan jalan yg luar biasa sesaknya menyebabkan aku sampai ke stesen pekeliling kul 6.10pm. Sekali lagi aku di tinggalkan oleh bas. Apalah nasib aku semalam... Dalam hati memang sedih dan kecewa. Terpaksa lah aku naik bas kul 7pm. Melanguk lah aku sorang diri kat pekeliling tu sementara nak tunggu kawan2 lain dan bas datang. Balik aku citer ngan hubby, hubby kata lepas ni tak payah nak kejar2 bas lagi, naik je bas kul 7. Kalau kita terkejar2 then kena tinggal lagi kita kecewa. Yelah betul jugak apa yang hubby cakap tuh...


Sebab penyebab yg menyebabkan aku nak balik awal adalah....
pagi2 buta sebelum matahari terbit aku dah keluar keje, balik keje pun macam tu. Matahari dah terbenam baru aku sampai umah. So, kalau aku dapat naik bas kul 6, mmg cfm aku akan sampai sebelum matahari terbenam dan aku boleh menggunakan masa sejam yg ada dengan pelbagai aktiviti.

Friday, June 12, 2009

Weekend yang banyak hal...

Weekend yg pasti sibuk...
Hari ni dalam kepala dah memikir apa nak buat esok dan ahad...
Memang banyak keje yg tak sudah/tertangguh....

Planning nak....
1. Kemas barang2 dalam kotak masa pindah umah last two weeks.... (masih terperap dalam kotak lagi), susun atur perabot yg lintang pukang lagi tuh...
2. Basuh baju..... (uwa,uwa, uwa aku rasa hari2 aku basuh baju, tapi kenapa bakul tu penuh lagi)
3. Siapkan kertas kerja untuk projek yg akan datang... (nk mintak loan, hehehehe)
4. Berkebun di mini kebun warisan kat belakang kedai... (plan ngan hubby nak tanam pisang ngan tebu di belakang ngan keliling kedai - sosak sosak leh jual air tebu ngan goreng pisang pulak yer)
5. Balik umah pak mertua aku dan kemas belakang umah.... dah naik semak samun.
6. Tengok setting karaoke sistem dan kemas kini balik sistem nya....
7. Nak bakar kek, teringin plak.... Tapi tak tau kat mana kotak2 barang baking aku.
8. Dah tak leh nak pikir lagi dah..................................................................................................

Aku tak tau leh abis tak semua list keje2 aku yg berlambak kat atas tuh....

Thursday, June 11, 2009

Hobi...

Semenjak dah bukak kafe ni, memang agak sibuk jugak untuk 1-2 bulan yang pertama...
Dengan nak menguruskan hal kafe dan pekerja....
Yelah masih dalam tempoh pembelajaran...
Tapi alhamdullilah, sekarang ni takde lah sibuk sesangat.
Ada jugak masa untuk kitaorg berdua untuk meneruskan minat berkebun dan bercucuk tanam....
Di belakang kafe yang kitaorg sewa ni ada lah ruang untuk kami bercucuk tanam...
Daripada di biarkan semak ngan rumput atau lalang, baik lah kitaorg tanam apa2 kan...
Buat masa tanaman yang ada serai, ubi kayu, pisang, tebu, sayur-sayuran, jagung dan macam2 lagilah.
Tapi semua pokok kecik lagi.













































Gambar pertama tu pokok sawi, kecik lagi. Lepas tanam sawi hari tu kami ada tanam pokok kangkung dan kailan. Boleh pakai untuk kegunaan kedai kan. Dapat menjimatkan belanja dan pelanggan pun dapat sayuran segar yg di petik dari kebun kami. Selain tu kami menyokong kerajaan dengan kempen tanaman dapur. InsyaAllah anak sedara ada plan nak buat kolam ikan plak, bleh lah kami menumpang. Customer nak je terus kaup dari kolam.... Hehehehehe...

Opppsss....

Hii...
Ramai yang salah faham... Ada yang ingat "Kafe Warisan Bilut" belum beroperasi lagi.
Maaflah tak sempat nak update blog sendiri. So, pada sesiapa nak tau perkembangan Kafe Warisan Bilut boleh masuk sini http://kafewarisanbilut.blogspot.com/ Dah tiga bulan dah kafe ni beroperasi.....

Alhamdullilah....
Kafe kami semakin di kenali dan orang ramai pun dah mula menyinggah. Terima kasih tak terhingga pada kawan2 yang menyokong. Fuhh, kalau nak criter soal penat, tak tau nak gambarkan macam mana... Tapi ini anggap lah ini adalah cabaran dan pengalaman manis. Hehehehee..... Mana taknya dengan keje di KL, berulang alik setiap hari Bentong-KL-Bentong. Sampai je terus membantu kan diri di Kafe sampai kul 12 atau 1pagi. Lepas tu masuk tido. Bangun seawal 5pagi, nak kejar bas kul 6pagi, naik atas bas terus lena sampai pekeliling. Biasa nya orang cakap kalau tak cukup tido badan kita kurus kan, tapi badan aku ni tak kurus2, makin gemuk adalah. Memang tido tak cukup, tapi makan cukup..... Order je nak makan apa.... Kedai sendiri.
Hahahahahahaha................
Takkan nak biar en suami sorang2 kan...
Penat lelah bersama2 lah ye bang...

Pada semua2 yang ternampak atau terlalu di Kafe saya sila lah singgah yer....
Kedatangan anda di alu-alukan....
Jangan risau kami menyediakan makanan dan minuman dengan harga yang berpatutan sambil anda semua dapat bersantai menikmati pemandangan pokok getah dan sawit....