Ni cerita seminggu yg sudah, cerita makan-makan.
Kat belakang umah kitaorg ni ada tanam keledek. Penanaman keledek ni berpunca dari aku yg tak kenal mana satu kangkung kampung dengan pucuk keledek. Aku ingat kangkung, sampai umah encik hazman tanya "buat pe beli pucuk keledek ni?" dalam hati aku laaa pucuk keledek ke, aku bagi ayat cover, beli tuk makan lah, cicah sambal belacan, kasi awet muda. Sehingga ke ari ni en hazman masih belum tahu kisah pucuk keledek ni melainkan dia baca entry blog aku ni... Bila aku tau tu pucuk keledek, aku terus tak makan,(nilah kesannya kalau taknak ikut mak g pasar, sayur pun aku tak kenal). Aku biar ke pucuk keledek tu atas tanah. En hazman pun cakap, kita cuba tanamlah pucuk ni mana tau kalau2 berubi, setelah 3 bulan berlalu, kitaorg pun cuba2 korek, tak sangka berubi lah pulak, walaupon cinonet. Yelah keledek kan ada berjenis2, ada yg org tanam semata2 tuk pucuk dan tak berubi, ada yg tanam tuk ubi. Sejuk tangan en hazman. Bila dah korek semua 2 batas tuh dapatlah jugak ubi keledek hampir2 5kilo. Terus malam tu aku buat inti tuk buat karipap ngan cek mek molek.
BATAS UBI KELEDEK - PUCUK DAH MENJALAR TAK HINGAT...
Ini pulak kisah Karipap, Cek Mek Molek, Keria... hasil dari ubi keledek.
Alhamdullilah, syukur sangat2 dapat seorang suami yg rajin membantu aku kat dapur. Ari ni en hazman jadi tukang uli tepung karipap, tukang kelim karipap (4-5 biji je), jadi tukang goreng (selepas aku amek alih tugas kelim karipap). Bertuahnya aku, luv u you en hazman....
Resipi karipap ni en hazman yg buat, aku tgk je dia main campak2, campur2 je semua bahan.... Aku tgk dia uli tepung, air garam, majerin je. Dia kata ikut naluri je, mesti sedap. Hahahahaha... Hasilnya memang boleh tahan, rangup dan lembut je.
GIAT MENGULI...
KARIPAP, CEK MEK MOLEK, KERIA...
Cek mek molek ngan keria aku buat sendiri, separuh dari keledek yg aku rebus tu aku ketepikan tuk buat inti karipap. Dapatlah dalam 10 ketul cek mek molek, 6 ketul lagi keria (takde gambar sebab mcm tak jadi je, ha3x). Karipap aku buat dalam 1/2kg, puas jugak makan, selebihnya aku goreng separuh masak tuk frozen. Bila2 nak makan terus goreng, 3hari 2malam dok makan karipap je. Aku packing 6 ketul setiap plastik, kiranya sorang 3 biji setiap kali makan... Hahahahahaha...
>>>cuba teka mana satu cek mek molek ngan karipap?
Stok keledek ada lagi, aku pun tak tau nak buat pe... Minggu ni aku agak malas nk buat apa2 kuih. Tgklah esok lusa apa akan jadi ngan stok keledek tuh...
No comments:
Post a Comment