Nuffnang Ads

Tuesday, July 13, 2010

En Hazman masuk hospital - kisah denggi

Hari ahad malam en suami dah rasa mcm nak demam. Esoknya mmg cfm dia demam. Ajak g klinik tak nak, biasalah alasan org lelaki - demam biasa je nih. So, aku biarkan je dia dengan dunianya, makan panadol biasa je. Esoknya aku kol dari opis dia kta makin tak larat, pinggang sakit, tak leh nak tido apa lagi aku pun apply half day, balik terus bawak g klinik. G klinik swasta kat Raub. doktor cakap demam biasa je, lepas makan ubat tgk mcm ada perubahan, then dah ada selera makan. Lega aku rasa.

Malam tu alhamdullilah, dah leh bangun makan dan sembang2. Aku lega skit. Esoknya aku kol lagi dari opis, dia kata kena balik macam semalam. Aku suruh dia terus d klinik desa yg ada kat Bilut tuh. Aku tanya larat tak nak drive, dia kata ok. Sampai klinik dia kol aku, doktor kata suspek kena denggi, terus ambulans hantar d Hospital Bentong. Aku yg kat opis ni pun terus mintak balik awal, terus g hospital.

Sampai hospital en suami kena tahan kat emergency, masuk air. Aku harap2 takde apa2 lah. Ingat boleh balik lepas masuk air, rupa2nya kena tahan jugak. Sedihnya aku, tido sorang2 (ayat org pentingkan diri sendiri, hahahaha).

Bajet 2-3 ari je, rupa seminggu gak kena tahan. Teruk jugak aku tgk keadaan org yg kena denggi. Kesian en suami, tak dapat tido lena dek kerana ragam pesakit2 lain, lepas tu dengan badan yg lenguh2, mmg semuanya rasa serba tak kena.

Paling best setiap kali doktor datang mesti tanya bila saya bleh balik (sebenarnya nak tgk world cup)? Hahahaha, kesian tgk bola kat hospital dengan tv kecik yg 14" tuh (tv kat tempat nurse kaunter tuh, mcm mana dia leh ayat nurse suruh bukak tv tuh). Bola pun nampak sayup2 je.

Takpelah abg, itu semua pengalaman. Orang tak pernah masuk hospital, sekali kena sakit, hah amek sampai seminggu.

Ini gambar org sakit.






No comments:

Post a Comment