Nuffnang Ads

Friday, January 28, 2011

Ulangtahun.

Daisypath Anniversary tickers

Pejam celik pejam celik dah nak masuk 4 tahun usia perkahwinan kami berdua. Cepat betul masa berlalu, rasa macam baru semalam je kitaorg kawen... Hahahahaha, syok sendiri k. Dan macam2 pengalaman, rintangan, cabaran dan sebagainya di lalui kami berdua. Semoga kami berdua terus sabar menghadapi semua ini.
Dan semoga tahun 2011 impian kami untuk mendapat zuriat kami tercapai dan terus sukses dalam membina keluarga bahagia.... AMIN!
Love you Encik Hazman Ayob....

Monday, January 24, 2011

Kisah Memey & Hero

Memey - si kakak yg garang dan sombong, suka menyendiri, kuat tido (spesis garfield)





Hero - si adek yg sgt2 nakal, kuat menyakat, kuat mengintai dan lain-lain!!!! (putih ni asalnya org buang kat kedai kitaorg, kitaorg amek bela tuk jadi kawan memey, tapi tak mesra lagi sampai skrg)





Adegan Intai Mengintai.....

Step 1 - mula2 ok jer...


Step 2 - hero mula dulu, dia intai si kakak...


Step 3 - Memey hangin dah intai balik


Step 4 - Adegan Mengintai diteruskan sehingga di leraikan...


Adegan cuba merapatkan silaturrahim di antara mereka berdua, tapi tetap tak leh baik..
video

Weekend 22 - 23 January 2011

Tak banyak aktiviti hujung minggu yg lepas...
Lepak kat rumah je, dengan memenuhi xtvt dengan mengemas, packing kain baju yg dah tak pakai, buang sampah sarap yg aku simpan dah berbakul.

Sabtu: Pau / Spagetti
Aku buat pau!!! Huhuhu abis diet aku, aku terpengaruh tgk syerah buat pau. Aku pun buat pau jugak, lagipun asben aku suka makan pau. Aku buat pau kacang merah & kaya (segera dalam inti, aku keraskan). Malam aku buat spagetti, huhuhu mmg dah hancus diet aku!!!!






Ahad: Kebun / "HERO"
Hari ahad, biasanya hari aku mendobi dan mengemas... (seminggu sekali nyer keje, berpeluh ketiak aku). Lepas siap semua keje wajib tu aku tolong en asben berkebun. Dasat sungguh bunyi kebun tu, padahal g tgk2 pokok je sambil cabut2 rumput, bubuh baja.... Aku ada tukang kebun skrg nih... putih@hero. Dia tolong aku korek lubang jer....
Hepi aku semenjak ada putih@hero...

Nilah Putih@Hero... (yg sangat nakal - panjat pokok sukun lepas tu takleh turun)






video

Tuesday, January 18, 2011

Diet Meal 17/01/11

Ni cerita pasal diet meal 17 Jan 2011...

* B/fast: Ari ni lain skit, tapi telur rebus tetap ada, breakfast salad (buatan sendiri - salad, kobis manis, cili benggala, carrot + telur rebus + mayonis). Kenyang jugak yer.




* Lunch: 2 ketul ayam KFC (dapat kupon KFC less 25%)



* Dinner: Sayur goreng (sawi pendek@cina + putik jagung + carrot + brokoli) goreng bersama lada hitam.



Total carbs? Tak berapa pasti... Pulun je masuk perut.
Ada sape2 leh tlg kirakan...??? Di alu-alukan sangat.

Monday, January 17, 2011

Diet Meal 14/01/11

Nak update menu minggu lepas yg mana gambar yg sempat aku snap.
Kadang2 tak sempat nak snap dah masuk mulut, dah licin baru teringat.


* B/fast - macam biasa 2 biji telur rebus (aku lum cuba lagi makan telur goreng)

* Lunch - Salad Pizza Hut + Teh Al Habsyee


* Teh Al-Habsyee (minum sampai air jadi warna jernih, lepas tu ulang alik g toilet - hasilnya pasti KURUS)
p/s: sila abaikan background yg tak berapa cantik


* Dinner - Telur Dadar Bungkus (Isi dalam sayur campur skit, potongan kecil daging & ayam)


Aku tak berap pasti berapa total kalori aku tuk 14 Jan 2011...
Ada sape2 leh infm aku brp agaknya total carb aku...

Aku baru perasan menu aku banyak pakai telur (abis stok telur kat kedai aku)
Lagi satu, korang leh tak suggest kat aku menu lain...

Thursday, January 13, 2011

Diet Meal 12/01/11

Citer kisah diet smlm..

B/fast: 2 biji telur + Air Teh O (tanpa gula)


Lunch: Ayam Panggang dari Cold Storage


Dinner: Sup Campur (campur segala2 ayam, daging, udang, sayu-sayuran)(sori takde gambar)


huhuhu... kadang2 aku terkantoi jugak terlebih makan atau tersalah makan...

Tuesday, January 11, 2011

Lagi lagi diet..

Last weekend terkantoi diet aku gara2 Family Day MITRA. huhuhu...
so, minggu ni aku nak mula balik diet aku, mmg tak berdisplin langsung aku nih..
asyik terskip je... last weekdays, aku cuba maintain makan telur rebus 2 biji tuk breakfast, alhamdullilah mmg kenyang sampai lunch hour. Tuk lunch dan dinner aku makan seperti yg disarankan... --->>> www.taknakgemuk.com

aku nak share ngan korang produk apa yg aku makan skrg nih...
alhamdulliah, ada perkembangan positif, kalau tak caya boleh cuba...
kalau tak berjaya atau tak berkesan aku tak pasti pasal apa...

Ni lah produk yg aku makan skrg nih...


Jamu Mak Dara, info lanjut jenguk sini webiste JamuMakDara...

Monday, January 10, 2011

sakit mata

Last weekend full dengan xtvt..
(MITRA FAMILY DAY @ PORT DICKSON)nanti aku update entry lain.
Jumaat minggu lepas aku MC (mc pertama tuk tahun 2011), sakit mata.
Pergi klinik mcm kelakau plak bila doktor cakap mata aku nak jadi ketumbit, aku tak rasa pun ada apa2 biji di sekeliling mata. Gatal pun tak, Lantaklah...pedih pun tak. Tetiba je merah... Aku g klinik dapatkan ubat, supaya cepat baik supaya aku dapat g MITRA FAMILY DAY...

Gambar ni masa kat opis (ari khamis petang)


Wednesday, January 5, 2011

Spring Potato

Terjebak plak ke dunia potato...
Masa jalan kat pasar malam kitaorg cuba spring potato nih..
Lepas tu encik hazz macam suka je makan...

Weekend minggu lepas aku borong lah kentang tuk tujuan spring potato nih..tapi baru smlm dapat buatnya.. Aku blajar potong kentang ni dari youtube, semangat betul kan. Yelah nak memenuhi kehendak sang suami (luv u encik hazman).....

Mula2 buat putus2 jadinya, kali yg ntah berapa ketul baru menjadi nipis2...
Sebelum goreng celup tepung dulu (tepung jagung+gandum+telur+lada hitam)lepas goreng makan ngan sos dan mayonis... (abis diet aku). Aku makan bbrp slice je, amek berkat hasil kerja tangan yg tak berapa seni...

Sebelum;




Selepas;


Tuesday, January 4, 2011

Cubaan yg kali ke berapa...

Aku kan hari2 bukak facebook, lepas tu ada terbaca kisah si shana yg nak berdiet. Aku pun baca je, tapi tak tetlintas pun nak diet gak. Lepas tu aku follow lagi apa yg dia update, aku terbaca pasal blog , mcm best je dan macam bleh ikut je cara diet nih...

So, aku decide nak try diet nih setelah dah mencuba macam2 produk diet...
Aku baru je mula semalam, tapi dah kantoi makan bihun goreng pagi tadi...

Ni gambar aku terkini; (takde gamabr single lah)

Ni gambar masa awal DEC 2010


Ni gambar masa lepas raya 2010


Target nak kurus semula macam nih... hahahahahaha...
Gambar masa 2007 (sebelum kawen, hahahahahaharus kurus)



Nantikan gambar yg lagi terbaru yerk...,